SINGAPURA: Kapten penerbangan AirAsia QZ850 tidak berada di tempat duduknya ketika pesawat malang itu hilang kawalan dan terjunam ke Laut Jawa bulan lalu.
Kapten Iriyanto dikatakan sedang melakukan satu prosedur pemeriksaan sebelum pesawat yang ketika itu dikendalikan pembantu juruterbang, Remi Plesel hilang kawalan lalu terhempas, laporReuters.
Penyiasat berkata Iriyanto bergegas ke kokpit namun sudah terlambat untuk menyelamatkan pesawat.
Butiran detik-detik akhir penerbangan QZ8501 memfokus kepada penyelenggaraan, prosedur dan latihan, namun pegawai Indonesia bertegas masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
AirAsia, dalam pada itu enggan memberi komen kerana insiden tersebut masih dalam siasatan Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC).
Pesawat jenis Airbus A320 itu sedang membawa 162 penumpang dan kru dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember sebelum ditimpa kemalangan.
No comments:
Post a Comment