JEDDAH: Arab Saudi tidak akan menyekat jumlah warga asing yang berhasrat menunaikan umrah seperti yang dilakukan terhadap jemaah haji tahun ini ekoran kerja meluaskan Masjidil Haram di Makkah.
Menteri Haji, Encik Bandar Hajjar, bagaimanapun berkata jumlah jemaah hanya akan dihadkan pada kemuncak musim umrah pada Ramadan serta musim haji.
Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah asing sebanyak 20 peratus dan jemaah tempatan sebanyak 50 peratus pada musim haji lalu bagi memastikan keselamatan jemaah. - Agensi.
No comments:
Post a Comment