Pages

Friday, September 13, 2013

LHDN Diminta Tubuh Unit Khas Pantau Syarikat MLM, Dalam Talian

JOHOR BAHRU: Kerajaan meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya menubuhkan satu unit khas bagi memantau perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan dalam talian di negara ini.
Menteri Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, ini memastikan bahawa perniagaan tersebut membayar cukai kepada Kerajaan.
Beliau berkata, banyak perniagaan berdaftar membayar cukai tahunan mereka kepada kerajaan, tetapi perniagaan MLM dan dalam talian tidak berbuat demikian.
"Adalah tidak adil kepada perniagaan yang membayar cukai sedangkan perniagaan MLM dan dalam talian terlepas daripada membayar cukai," kata Hasan pada sidang media, Jumaat.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pameran francais yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini.

No comments:

Posting Terkini