Pages

Tuesday, July 9, 2013

Guru Penolong Kanan ditembak 3 das selepas pulang dari sekolah

Guru Penolong Kanan ditembak 3 das selepas pulang dari sekolah
Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di Bachok,Kelantan, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, di sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 1.40 petang itu, Hashim Mat Zain, 43, yang juga guru muzik sekolah berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera terkena tembakan di bahagian dada dan bahu kanan.

“Mangsa yang sedang memandu keretanya ditembak seorang suspek yang tidak dikenali sebelum keretanya terbabas ke kiri jalan dan berhenti di hadapan sebuah rumah penduduk.
“Pemeriksaan forensik mendapati empat das tembakan telah dilepaskan oleh suspek, tiga mengenai cermin depan dan satu das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Sebutir anak peluru dipercayai .38 telah dijumpai di dalam kusyen pemandu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jalaluddin berkata siasatan awal mendapati selain bertugas sebagai guru, mangsa turut menjalankan pelbagai perniagaan dan dipercayai mempunyai masalah hutang.

No comments:

Posting Terkini