Pages

Wednesday, July 17, 2013

Gerai bazar Ramadan Pahang naikkan harga


KUANTAN - Kira-kira 30 peratus daripada 3,345 gerai di bazar Ramadan yang diperiksa di seluruh Pahang menaikkan harga jualan mereka dari 10 sen hingga RM3 berbanding harga tahun lepas.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Mohd A. Aruwan Ab. Aziz berkata, 45 peratus daripada peniaga mengekalkan harga manakala 25 peratus lagi menurunkan harga antara 10 sen dan RM2.50 bagi setiap barang.


"Antara juadah yang mencatatkan kenaikan harga di bazar yang diperiksa ialah sate ayam, kuih ’akok’, ayam golek, telur goreng, ikan bakar, martabak dan lauk yang berasaskan ayam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada turun naik harga ialah kos sewa, kenaikan harga bahan mentah, lokasi premis serta saiz juadah.
Katanya, alasan yang diberikan oleh peniaga terbabit berhubung kenaikan harga akan disemak dan tindakan akan diambil jika didapati mereka gagal mematuhi syarat Notis Peringatan Pematuhan Tanda Harga, Notis Antipencatutan dan Notis Peringatan Pematuhan Timbang dan Sukat. Mengenai Ops Harga, beliau berkata, daripada pemeriksaan di 7,042 premis di seluruh Pahang, hanya 12 kes dicatatkan hingga semalam sejak dilancarkan 6 Julai lepas.
"Nilai kompaun yang dikeluarkan ialah RM2,550 membabitkan nilai rampasan lebih RM3,500 dalam Ops harga ini,” katanya. - Bernama

No comments:

Posting Terkini