Pages

Saturday, January 19, 2013

Mubarak dan keluarga kembalikan hadiah usd$3juta daripada akhbar


 Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak
KAHIRAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dan keluarganya akan membayar balik sekitar AS$3 juta bagi hadiah-hadiah yang mereka terima daripada sebuah akhbar nasional ketika dia memegang kuasa.
Perjanjian penyelesaian itu diumumkan oleh pendakwa raya kelmarin bagi menamatkan kes sampingan yang dibuka terhadap Mubarak, 84 tahun.
Sebelum ini, Mubarak didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup kerana gagal menghentikan pembunuhan hampir 900 penunjuk perasaan pada 2011 yang membawa kepada kejatuhannya.
Bagaimanapun, mahkamah minggu lalu membatalkan sabitan kes kerana prosedur yang tidak memuaskan.
Mubarak kini ditahan di sebuah hospital tentera dan menantikan tarikh baru perbicaraan.

Semasa pemerintahannya, Mubarak didakwa mengumpulkan banyak harta, yang antara lain terdiri daripada hartanah, istana, tanah dan akaun bank setempat serta luar negara.
Switzerland telah membekukan beberapa aset Mubarak tetapi jumlah sebenar keseluruhan asetnya tidak diketahui.
Hadiah yang diterima Mubarak dan keluarganya daripada akhbar Al-Ahram antara 2006 dengan 2011 dilaporkan melibatkan pemberian jam, beg dan barang kemas.
Mubarak telah disoal mengenai hadiah-hadiah itu pada Sabtu lalu.
Kelmarin, Peguam Negara, Mustafa Hussein, berkata beliau telah menerima tawaran daripada peguam Mubarak untuk menyelesaikan kes itu dengan Mubarak serta keluarganya mengembalikan semula AS$3 juta kepada Al-Ahram. - AP.

No comments:

Posting Terkini