Pages

Friday, January 18, 2013

Jentera muslimat perlu hadam tawaran Pakatan Rakyat


tawaran Pakatan Rakyat
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengarahkan setiap ahli jentera dewan itu memahami susur galur tawaran-tawaran Pakatan Rakyat, termasuk enam tuntutan wanita.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi, menegaskan semua tawaran itu, termasuk tuntutan Agenda Perubahan Wanita wajib dikuasai setiap jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat agar mudah difahami rakyat.

"Jentera parti perlu faham, bukan sahaja tawaran kita, tetapi apa sebab tawaran itu dikemukakan serta kesannya kepada rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, apa yang berlaku, terdapat kesilapan yang kerap dilakukan jentera parti apabila hanya 'menghafal' tawaran tanpa memahami intipatinya yang menyebabkan rakyat tidak dapat memahami secara tuntas mengenainya.


Biarpun menyedari penerangan daripada PAS Pusat berkaitan tawaran itu telah diadakan hampir setiap hari, Athirah berkata pada peringkat ini tawaran tersebut perlu diulang-ulang dengan intipatinya agar ia benar-benar terkesan di hati rakyat.

Sebelum ini, Wanita Pakatan Rakyat menggariskan tujuh tumpuan wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.

Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat, sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Posting Terkini