JORDAN 12 Januari: Walaupun berada jauh di perantauan, namun mahasiswa Malaysia di Mu’tah Jordan tetap memberi sokongan penuh kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).
Sekumpulan mahasiswa itu memberi sokongan penuh dengan memakai baju mengikut tema sempena HKR hari ini.
Kebangkitan rakyat yang merebak ke Jordan membuktikan sokongan rakyat terhadap perjuangan menentang kezaliman berada di tahap kemuncak.
Difahamkan cuaca di Jordan sekarang berada dalam suhu sejuk, namun semangat yang ditonjolkan mereka tidak berbelah bagi menyokong HKR.
No comments:
Post a Comment