Pages

Wednesday, August 10, 2011

Lagi pengundi bertindih dikesan dalam daftar pemilih SPR


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan kewujudan beberapa lagi pengundi bertindih di parlimen itu.
Menurut Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, carian pihaknya mendapati terdapat beberapa individu yang mempunyai nama yang sama dalam daftar pemilih SPR.
“Ada beberapa individu mempunyai 1 kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan mengundi di dua parlimen yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau memberi contoh lima nama pengundi yang dikesan dalam daftar pemilih SPR dan mempunyai dua hak mengundi di Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa.
Beliau memberi contoh nama seperti Sa’ad Bin Samsudin, yang memiliki kad pengenalan lama bernombor 1479323 dan kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553.
Contoh kedua, seorang wanita bernama Shodah Binti Abdul Rahman yang memiliki kad pengenalan lama iaitu 4802777, tetapi memiliki kad pengenalan baru berbeza iaitu  550620055800 dan 560620055412.
Contoh ketiga, seorang lelaki bernama  Mohamad Bin Ismail, memiliki kad pengenalan lama bernombor 8370614 dan dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095.
Contoh keempat melibatkan seorang lelaki bernama Anderson A/l Arputhanathan  yang memilik kad penganalan lama bernombor A0831847 dan dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.
Manakala contoh kelima pula seorang pemegang kad pengenalan lama  bernombor 7877951 iaitu Chellamah A/P Murugesu, dan mempunyai kad pengenalan baru berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094.
Menurut Suhaimi, dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali.
“Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara,” kata beliau.
Justeru pihaknya mempersoalkan bagaimana JPN boleh mendaftarkan kad pengenalan lama yang sama serta mempunyai nama yang sama untuk dua individu yang berbeza.
“Atau mungkinkah ia individu yang sama yang mempunyai dua kad pengenalan baru  yang berbeza? Bagaimana pula SPR boleh menerima sahaja kesalahan ini tanpa tapisan yang betul terhadap senarai nama yang dibekalkan,” ujar beliau.
Katanya, DPPK Titiwangsa mendesak agar kesemua nama ini dikeluarkan segera dari maklumat data Pemilih di parlimen Titiwangsa.
“DPPK Titiwangsa juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang,” ujarnya.

3 comments:

Yong said...

"Beliau memberi contoh nama seperti Sa’ad Bin Samsudin, yang memiliki kad pengenalan lama bernombor 1479323 dan kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553"

Ini kes tarikh lahir berbeza. Satu usia 73, dan satu lagi 60. Bolehkah usia 73 sama seperti usia 60?

Anonymous said...

try seacrh guna 'SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH' 540405025095,671117105963,540405025095,560620055412,510913105553. - RECORD NOT FOUND!! atau dlm bhsa melayunya - tiada dalam daftar pemilih!!!
yg lain2 tu smua satu2 alamat d dun masing2.. biar btul ni bro.. bulan ramadhan ni nk tipu pun agak2la.. hey, buat pening aku je cek satu2..

Anonymous said...

Dr.Hatta,selaku Pengarah Pilihanraya PAS Pusat,Pengarah Pilihanraya PKR dan DAP wajar arahkan semua kawasan buat semakan daftar pengundi untuk mengesan penyelewengan dan pengundi baru dari PATI,kumpulkan diperingkat negeri untuk dilaporkan kepada SPR dan Nazri Aziz.Arahan ini mesti dikeluarkan serta-merta.

Posting Terkini