Pages

Thursday, August 11, 2011

Pengundi bertindih, Mafrel mahu siasat


KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan mengenai kewujudan pengundi hantu berusia lebih 100 tahun dan penduduk tetap yang didaftar sebagai pengundi, kini timbul isu pengundi bertindih yang boleh mengundi di dua tempat.
Sekurang-kurangnya tujuh pengundi setakat ini dikesan telah ‘diklonkan’ dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di kawasan Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, selain dikesan turut berlaku di Perak dan Terengganu.
Justeru Badan Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menawarkan untuk membantu menyiasat dan menyemak isu pengundi bertindih itu di kawasan yang menerima aduan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Mafrel akan mengarahkan anggotanya turun ke kawasan berkenaan bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.
“Kita akan dapatkan senarai daftar pengundi di kawasan berkenaan dan akan menyiasat rumah ke rumah mengikut alamat yang terdapat di dalam senarai pengundi,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.
Keadilandaily difahamkan maklumat yang diperoleh dari pengundi itu akan lebih menjelaskan keraguan tentang kewujudan pengundi bertindih dan kemungkinan membongkar lebih banyak penipuan.
“Ini kerana pendedahan Pas sebelum ini berdasarkan maklumat yang berada dalam sistem daftar pemilih SPR dan JPN sahaja,”
“Jadi kita perlu turun dan berjumpa dengan pengundi itu sendiri bagi membuat pengesahan. Bukti-bukti dapat diperolehi dari gambar yang diambil akan mengukuhkan lagi keraguan,” katanya.
Sementara itu, beliau juga mengharapkan pendedahan dan semakan ini terus diteliti oleh semua pihak terutamanya Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Tambah beliau, sekiranya aduan mengenai daftar pemilih masih berterusan, SPR perlu melakukan rombakan besar-besaran untuk membersihkan senarai undi.
“Semua pihak perlu memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini. Teruskan dengan penelitian dan bantahan terhadap pengundi yang meragukan,” katanya.
keadilandaily

No comments:

Posting Terkini