Pages

Thursday, December 13, 2012

Janda-Janda Gersang Terjerit Terlolong


 Janda Gersang Janda Gersang Janda Miang
 Janda Gersang Janda Gersang Janda Miang
SHAH ALAM – Seramai 3,011 orang lagi ibu tunggal memfailkan saman tuntutan terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mendapatkan tunggakan elaun RM100 sebulan berjumlah RM16.25 juta yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.
Tuntutan tersebut adalah yang kedua dan paling ramai selepas 2,020 ibu tunggal memfailkan kes yang sama pada 22 November lalu membabitkan nilai RM10.9 juta.
Saman tuntutan terbaharu itu difailkan oleh Zainarini Mohd. Sidek, 65, bersama 3,010 ibu tunggal dari 11 kawasan Parlimen iaitu Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Kota Raja, Klang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Selayang, Gombak dan Sabak Bernam.

Penyataan tuntutan difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 9.35 pagi semalam dengan plaintif diwakili oleh peguam Kamarudin Ahmad.
Kerajaan Negeri Selangor dinamakan sebagai defendan pertama manakala Abdul Khalid defendan kedua.
Plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 3,011 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.25 juta.
Dalam penyataan tuntutan enam muka surat itu, plaintif mendakwa semasa tempoh berkempen pada pilihan raya umum yang diadakan pada Mac 2008, Pakatan Rakyat telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif untuk memberikan elaun kepada ibu tunggal sekiranya mereka memenangi pilihan raya.
Menurut plaintif, berdasarkan definisi yang digunapakai Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia, ibu tunggal meliputi golongan wanita yang telah bercerai, balu, wanita yang merupakan pencari nafkah kepada keluarganya, wanita yang tinggal berjauhan daripada suami dan wanita yang sedang berdepan dengan keadaan hidup gantung tak bertali.

No comments:

Posting Terkini