Pages

Wednesday, December 12, 2012

Kabinet tetap mahu Lynas eksport sisa

Lynas Corporation
Kabinet hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Lynas Corporation perlu menghantar sisa dari loji pemprosesan nadir bumi keluar dari Malaysia.
Empat menteri berkenaan menyatakan perkara itu susulan kenyatan pengerusi eksekutif Lynas, Nick Curtis bahawa lesen operasi sementara (TOL) tidak menetapkan syarat mengeksport keluar sisa loji itu dari Malaysia.

"Pendirian kerajaan tidak berubah untuk meminta Lynas menghantar residu berkenaan yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia. 

"Ini adalah konsisten dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam TOL," kenyataan itu dipetik

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Unggah Embas; dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Wall Street Journal disiarkan semalam, Curtis dilaporkan berkata ia bukan syarat yang ditetapkan dalam TOL berkenaan.

Sebaliknya, Lynas menawarkan diri untuk mengeksport bahan sisa berkenaan demi melegakan kebimbangan orang ramai.


No comments:

Posting Terkini