Ibu budak itu dilapor meletaknya di atas susur kandang tersebut agar anaknya dapat melihat haiwan itu dengan lebih jelas.
Tidak dapat dipastikan apakah budak itu meninggal dunia akibat terjatuh dari ketinggian lebih tiga meter atau digigit haiwan tersebut.
"Ini satu kejadian dahsyat," kata jurucakap polis, Leftenan Kevin Kraus.
Menurut beliau, anjing liar itu menyerang budak lelaki tersebut sebaik saja dia terjatuh ke dalam kandang itu dalam kejadian yang berlaku sekitar 11.45 pagi.
Pengunjung lain memaklumkan kakitangan zoo mengenai kejadian itu.
Perhatian haiwan-haiwan itu kemudian dapat dialihkan sebaik saja para penjaga mereka tiba ke kandang tersebut.
Hanya seekor daripada 10 anjing liar di situ bertindak ganas dan terpaksa ditembak.
Taman haiwan tersebut kemudian ditutup kepada orang ramai.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama kanak-kanak itu dan ibunya, tetapi berkata mereka menetap di kawasan Pittsburgh.
Bapa kanak-kanak itu tiba di tempat kejadian tidak lama selepas kemalangan tersebut.
Anjing liar Afrika biasanya mempunyai ketinggian 61 sentimeter dan beratnya 16 hingga 36 kilogram.
Haiwan itu digolongkan sebagai haiwan hampir pupus.
Menurut jurucakap Persatuan Zoo Amerika, Taman Haiwan Pittsburgh itu menjalani pemeriksaan akreditasi September lalu dan lulus semua piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Pada 2007, seekor harimau melompat keluar dari kandangnya di Zoo San Francisco dan membunuh seorang pengunjung serta menyebabkan seorang lagi cedera. - AP.
No comments:
Post a Comment