Pages

Thursday, August 30, 2012

Taufan Isaac landa Louisiana


Taufan Isaac
TIDAK RISAU: Tiga belia ini masih boleh bersantai dalam landaan ribut Taufan Isaac, di Lakeshore Drive, dekat Tasik Pontchartrain - Taufan itu bergerak semakin dekat dengan bandar New Orleans, kelmarin.
- Foto AP

NEW ORLEANS: Taufan Issac melanda tenggara Louisiana kelmarin dan membawa bersamanya angin kencang dan hujan lebat serta mula bergerak ke bandar New Orleans.
Penduduk New Orleans tabah menanti ketibaan satu lagi taufan hanya beberapa jam sebelum ulang tahun ketujuh bencana Taufan Katrina.
Ketibaan Taufan Isaac menyebabkan jalan-jalan dari kawasan French Quarter, New Orleans, hingga ke Tampa, Florida, yang terletak 770 kilometer jauhnya, lengang.

Taufan Isaac merupakan taufan kategori 1 dengan angin yang dibawa taufan itu mencecah kelajuan sehingga 130 kilometer sejam.
Ia mencecah dekat muara Sungai Mississippi di tenggara Louisiana pada 6.45 petang (waktu tempatan).
Ia kemudian bergerak mengikut laluan yang membawanya ke bandar New Orleans, sekitar 113 kilometer ke utara.
Walaupun tidak sekuat Taufan Katrina, yang merupakan taufan kategori tiga, Taufan Isaac membawa angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan lebih daripada 200,000 rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik.
Sedang ramai penduduk memilih tidak meninggalkan rumah mereka, penduduk di kawasan tanah rendah sekitar Louisiana dan Mississippi telah diarahkan berpindah.
Salah satu keprihatinan yang dihadapi oleh penduduk dekat kawasan pantai adalah fenomena landan ribut, yang berlaku apabila angin akibat taufan menaikkan paras laut dan menyebabkan banjir.
Landaan ribut setinggi 3.35 meter telah dilaporkan di kawasan Shell Beach, Louisiana, lewat kelmarin sementara luruan ribut setinggi 2.1 meter dilaporkan berlaku di kawasan Waveland, Mississippi.
Ia merupakan ujian pertama bagi sistem mengawal banjir bernilai berbilion dolar di New Orleans selepas Taufan Katrina melanda kawasan pantai teluk Amerika Syarikat tujuh tahun lalu.
Sistem mengawal banjir dan tetambak gagal memainkan peranannya apabila Taufan Katrina melanda pada 2005, menyebabkan sebahagian besar kawasan di New Orleans ditenggelami air.
Pasukan tentera dan polis telah dikerahkan ke seluruh bandar itu minggu ini bagi mencegah berulangnya kekecohan dan kegiatan menjarah yang berlaku beberapa hari setelah Katrina melanda.
Mayor New Orleans, Encik Mitch Landrieu, meyakinkan penduduk bandar itu bahawa kali ini "bandar mereka selamat" dan mengatakan khidmat kecemasan sedia menjalankan misi mencari dan menyelamat.
Taufan Isaac merupakan taufan pertama mencecah Amerika musim ini. - Reuters, AP.
Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta. 
Aku tak percaya lagi. Dengan apa yang kau beri. 
Malvina, pelajar Perancis berusia 16 tahun 
Terlupakah kau pada janjimu. Ketika bersama rindu bergelora. Perpisahan menikam jiwa. Kau pandai mengusik kau pandai mengoda. Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja ...

No comments:

Posting Terkini