Pages

Tuesday, August 21, 2012

Filipina berkabung susuli penemuan mayat setiausaha dalam negeri


AKHIRNYA DITEMUI: Gambar oleh Pasukan Tentera Udara Filipina ini menunjukkan keranda Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Encik Jesse Robredo, dibawa masuk ke dalam pesawat tentera di lapangan terbang di wilayah Masbate, tengah Filipina, semalam, setelah mayatnya berjaya dikeluarkan daripada bangkai nahas pesawat yang dinaikinya.
- Foto AP

MANILA: Rakyat Filipina berkabung semalam setelah para penyelam menemui mayat salah seorang ahli politik paling berpengaruh negara itu, yang meninggal dunia setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di laut.
Mayat Setiausaha Dalam Negeri, Encik Jesse Robredo, ditemui sekitar 55 meter di bawah permukaan air dekat pantai pulau Masbate, tempat pesawat yang membawa empat orang itu terhempas Sabtu lalu, kata Setiausaha Pengangkutan dan Perhubungan, Encik Mar Roxas.

Para penyelam terpaksa mengharungi arus kuat untuk sampai ke bangkai pesawat dua enjin Piper Seneca, yang terbalik kira-kira 800 meter dari kawasan pantai.
Ayah tiga anak perempuan berusia 54 tahun itu merupakan ahli politik dan wakil rakyat yang popular.
Mendiang Robredo sering dilihat sebagai seseorang yang tidak boleh 'dibeli' di negara dengan masalah rasuah sudah mendarah daging dan ahli politik sering tidak dipercayai.
Beratus-ratus orang menyertai acara sembahyang bagi mendoakan Encik Robredo, malah Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, pada mulanya turut ke wilayah Mastabe untuk menghulur bantuan.
Encik Aqunio kembali ke pulau itu semalam untuk mengambil sendiri mayat Encik Robredo dengan pesawat tentera dan menghantar mayat itu kepada keluarganya di Naga, timur Filipina.
Sebagai Setiausaha Dalam Negeri, Encik Robredo bertanggungjawab ke atas pasukan polis negara itu yang mempunyai 143,000 anggota dan usaha memerangi masalah rasuah dalam kalangan polis.
Encik Robredo, yang menjadi mayor Naga sehingga pilihan raya 2010, merupakan antara yang pertama diminta Encik Aquino supaya menyertai kabinet pembaharuannya.
Semalam, bendera di semua pejabat pemerintah dikibarkan setengah tiang.
Encik Robredo sedang dalam perjalanan ke Naga dari kawasan tengah Filipina, tempat beliau mengadakan lawatan rasmi.
Dalam perjalanan, pesawat yang dinaikinya mengalami masalah kerosakan enjin dan tidak berjaya mendarat di landasan kapal terbang lalu menjunam ke laut.
Pembantu Encik Robredo, salah seorang penumpang pesawat itu, terselamat dengan cedera ringan setelah berjaya mengeluarkan dirinya daripada pesawat sejurus sebelum ia tenggelam.
Namun, dua juruterbang pesawat, Encik Jessup Bahinting, seorang warga Filipina dan Encik Kshitiz Chand, seorang warga Nepal, terbunuh dan para penyelam masih belum dapat mengeluarkan mayat mereka daripada bangkai pesawat berkenaan. - AFP.
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Please SHARE this article to Facebook. We count on your support to make this (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Page, Blog (http://bit.ly/8TpQpX ) this (http://on.fb.me/RsrVao ) Group as a Special Media Project for M'sia 13th General Election.

Sila Share artikal ini ke Facebook. Kami hargai komen dan kerjasama kalian untuk menjadikan Page ini> (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Blog ini> (http://bit.ly/8TpQpX ) dan Group ini>  (http://on.fb.me/RsrVao ) sebagai Projek Media Khas menjelang Pilihanraya umum ke13 nanti.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

No comments:

Posting Terkini