Pages

Friday, June 1, 2012

Keputusan perbicaraan Mubarak esok

KAHIRAH: Esok, mantan presiden Mesir yang digulingkan, Encik Hosni Mubarak, anak-anak lelakiNYA dan ketua keselamatannya akan mengetahui jika mereka didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan menerima rasuah.
Perbicaraan Encik Mubarak yang bermula Ogos lalu, enam bulan setelah beliau digulingkan dalam satu pemberontakan seluruh negara, membimbangkan pengkritik bahawa mereka mungkin melihat usaha mendapatkan keadilan dihalang sekali lagi kerana kurangnya bukti kukuh terhadap bekas diktator itu.
Encik Mubarak dituduh menerima rasuah dan membunuh para penunjuk perasaan semasa pemberontakan yang menggulingkan beliau pada Februari tahun lalu.

Seramai tujuh ketua keselamatannya turut dikenakan tuduhan bunuh sementara dua anak lelaki Encik Mubarak, Encik Alaa dan Encik Gamal, berkongsi tuduhan menerima rasuah dengannya.
Pihak pendakwa meminta agar Encik Mubarak dikenakan hukuman mati dan menyatakan dalam hujah penutup bahawa mereka telah mengumpul bukti mencukupi menunjukkan Encik Mubarak didapati bersalah.
Namun, para saksi pendakwa memberikan keterangan yang seolaholah memberikan gambaran yang berbeza.
Sepanjang perbicaraan 36 hari, keluarga mangsa menyaksikan perbicaraan dengan hati yang berat sedang saksi pihak pendakwa memberi keterangan bercanggah.
Sementara itu, anakanak lelaki Encik Mubarak, Encik Alaa dan Encik Gamal pula, semalam dikenakan tuduhan tambahan melakukan dagangan dalaman.
Tuduhan terbaru itu dikenakan kepada mereka hanya tiga hari sebelum keputusan perbicaraan berhubung tuduhan bersama menerima rasuah dengan bapa mereka ditentukan.
Para pengamat politik mentafsirkan langkah mengenakan tuduhan baru itu terhadap Encik Alaa dan Encik Gamal sebagai percubaan meredakan kemarahan orang ramai mengenai kemungkinan salah seorang orang kuat rejim Encik Mubarak, Encik Ahmed Shafiq, menjadi presiden negara itu.
Pendakwa negara menyatakan dua anak Encik Mubarak bersama tujuh yang lain meraih keuntungan 2 bilion paun Mesir ($427 juta) melalui cara yang dilarang dan tindakan mereka itu melanggar peraturan bank negara dan bursa saham.
Mereka dituduh berkomplot membeli 80 peratus saham Bank Al Watany di Mesir secara senya-senyap tanpa mengisytiharkan pembelian itu kepada penguasa bursa saham.
Mereka kemudian memperdagangkan saham-saham itu melalui dana tertutup dan syarikat pelaburan yang berpangkalan di luar negara. - AFP, AP.
Sultan Berjudi, Pemimpin Berjoli
Pakatan Polis, Kongsi Gelap dan Ahli Politik 
Untuk Perhatian Sultan Johore 
Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu 
Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012 
YB Faraj binti Zakar 
Isabella Amy Search 

No comments:

Posting Terkini