Pages

Sunday, May 20, 2012

Sekali lagi pecah rekod wanita paling tua daki Everest


PECAH REKOD SEKALI LAGI: Cik Tamae Watanabe (kiri), 73 tahun, bergambar bersama seorang lagi pendaki Jepun, Encik Noriyuki Muraguchi, di sebuah khemah di Gunung Everest pada 9 Mei lalu. - Foto AP
KATHMANDU: Seorang rakyat Jepun berusia 73 tahun, yang sedekad lalu menjadi wanita tertua menawan Gunung Everest, sekali lagi memecahkan rekod itu semalam.

Rekod itu pertama kali dipecahkan Cik Tamae Watanabe pada 2002 apabila beliau berusia 63 tahun.

Beliau telah mengekalkan rekod itu hingga kini.


Semalam, beliau sekali lagi menawan puncak gunung tertinggi dunia itu bersama empat pendaki lain, termasuk jurugambar dari Jepun, Encik Noriyuki Muraguchi.

Cik Watanabe mula mendaki dari Kathmandu awal April lalu, kata Encik Ang Tshering Sherpa dari Persatuan Mendaki Gunung China Tibet, yang berpangkalan di Kathmandu.

Encik Min Bahadur Sherchan dari Nepal memegang rekod lelaki tertua menawan Gunung Everest.

Beliau tiba di puncak gunung itu pada 2008 pada usia 76 tahun 340 hari.

Sejak gunung itu pertama kali ditawan Encik Edmund Hillary dan Encik Tenzing Norgay pada 1953, sekitar 3,000 orang telah berjaya sampai ke puncak gunung berkenaan.

Menurut Encik Tshering, Cik Watanabe dan empat lagi pendaki yang bersamanya berada dalam keadaan sihat.

Keadaan cuaca di gunung itu dikatakan buruk tahun ini dengan beberapa rombongan pendaki terpaksa membatalkan ekspedisi mereka.

Mei merupakan bulan terbaik untuk mendaki ke puncak kerana cuaca dilaporkan lebih baik. -- AP, AFP.


Klik Topik di bawah untuk bacaan seterusnya
UMNO - Umno Haramjadah – Warta Kerajaan -  Payudara -  Faraj –  

No comments:

Posting Terkini