Thursday, May 10, 2012
Kabinet pimpinan Sarkozy bertemu buat kali terakhir
PARIS: Kabinet pemimpin Perancis yang bakal mengundurkan diri, Encik Nicolas Sarkozy, bertemu buat kali terakhir semalam sedang Encik Francois Hollande, yang bakal menggantikannya, mengadakan rundingan dengan para pemimpin Sosialis untuk bersiap sedia bagi pilihan raya umum bulan depan.
Encik Hollande, yang akan mengambil alih jawatan Presiden secara rasmi Selasa depan, setelah mengalahkan Encik Sarkozy Ahad lalu, juga telah mengadakan rundingan membentuk pemerintah baru dan membuat persiapan ke Berlin bagi lawatan ke luar negaranya yang pertama.
Beliau dijangka menerima sambutan dingin di Berlin kerana rancangannya merundingkan semula perjanjian jimat cermat fiskal Eropah. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment