Pages

Sunday, May 20, 2012

GEGAR: Annuar Musa sokong tuntutan royalti Kelantan


Sokongan yang ditunjukkan oleh presiden Persatuan Bolasepak Aamatur Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa ke atas tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri itu merupakan satu mesej penting untuk menarik sokongan anak muda, menurut penganjur kempen tersebut.

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) berkata Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan orang kuat Umno itu juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong tanpa mengira sentimen politik.

NONEBeliau mengulas tindakan Annuar yang menurunkan tandatangan pada kain rentang semasa kempen tersebut diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan pasukan itu menentang Sime Darby malam tadi.
Tandatangan oleh timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu merupakan satu dorongan kepada sebagai satu tarikan bagi semua penyokong pasukan Red Warriors untuk menuntut royalti minyak.

"Tindakan beliau menurunkan tanda tangan atas dasar kapasiti dia sebagai anak jati Kelantan. Perjuangan GEGAR tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan.

"Tindakan Annuar penting untuk tarik sokongan anak muda yang menyokong Red Warriors yang ramai hadir semalam bagi memberi impak pada tuntutan kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kempen bermula hari Jumaat dan berakhir semalam turut dipenuhi dengan acara bacaan puisi edaran pelekat dan juga pengibaran bendera merah dengan simbol tuntutan berkenaan.

Muhammad Hishammuddin berkata, kempen bersama lebih 70 NGO Kelantan itu juga berjaya mengumpulkan lebih 10,000 tandatangan yang menyokong kempen tersebut.

No comments:

Posting Terkini