Pages

Sunday, May 13, 2012

Amboi... montelnya dia



EH! EH! MONTELNYA: Dan Dan, yang mempunyai berat badan 19 kilogram, sedang didukung oleh ibunya, Cik Feng Xiaochun. - Foto DAILY MAIL

BEIJING: Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan China merayu para doktor untuk membantu anak mereka yang terlalu gemuk hingga tidak boleh berjalan.

Encik Cheng Lichao dan isterinya, Cik Feng Xiaochun, membawa anak mereka yang berusia 18 bulan itu, Dan Dan, ke Hospital Kanak-Kanak Wilayah Hunan untuk meminta bantuan selepas beberapa doktor lain gagal mengenal pasti punca kegemukan itu.


Dengan berat badan 19 kilogram, kanak-kanak itu adalah dua kali ganda lebih berat untuk usia dan ketinggiannya, kata doktor.

Ibu bapanya berkata mereka tidak tahu bagaimana Dan Dan boleh menjadi begitu besar.

Pasangan itu sudah mengunjungi beberapa hospital tetapi doktor tidak dapat menjelaskan.

Tidak jelas sama ada terdapat alasan perubatan di sebalik saiz kanak-kanak itu, namun Cik Feng berkata, berat badan Dan Dan adalah normal ketika dilahirkan.

'Dia membesar dengan cepat selepas berusia sebulan. Ketika usianya setahun, beratnya mencecah 15 kilogram. Selera makannya bagus.

'Setiap kali makan dia boleh menghabiskan satu mangkuk besar nasi dan minum banyak air.' kata Cik Feng.

'Di kalangan keluarga saya, tidak ada yang gemuk,' tambahnya.

Pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia lima tahun, yang hanya seberat 13 kilogram. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini