Pages

Monday, April 23, 2012

TIBAI sedia lawan pada PRU13

NONE
Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bertekad akan menentang ketua pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-13.

Penerajunya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar, sebaliknya bersedia berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh sekiranya diberi peluang.

"Andai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Abd Razak) menamakan saya atau arahkan saya bertanding dengan Anwar di Pematang Pauh, saya sedia turun tentang Anwar," katanya dalam ucapan di majlis pelancaran TIBAI di Kuala Lumpur semalam.

Pelancaran TIBAI disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali di ibunegara malam tadi.

Turut hadir ialah senator Datuk S Nalakaruppan, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Selain itu, Muhammad Zahid berkata, TIBAI nekad akan menjatuhkan Anwar "sehingga ketitisan darah yang terakhir".

"Kita akan kumpulkan sahabat-sahabat yang pernah menyokong Anwar. Walaupun kita pipit, tetapi dengan sokongan yang ada, kita mampu menggoncangkan Anwar hingga titisan darah yang terakhir," katanya disambut tepukan hadirin.

TIBAI ditubuhkan pada 18 April lalu yang bertujuan untuk menolak Ketua Umum PKR itu daripada menjadi perdana menteri dan seterusnya daripada arus politik semasa.

Menurut Muhammad Zahid, TIBAI dijangka mengadakan siri jelajah bagi memberi penerangan siapa sebenarnya Anwar yang akan memberi fokus kepada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita akan buat siri jelajah. Bila? Kita akan adakan sidang media pada waktu terdekat," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

ibrahim ali , saya rasa selepas masuk dalam politik dah sekian lama , kini anda perlu dimasukkan ke Tanjung Rambutan.

Saya boleh minta kawan saya supaya memberi Recommendation bagi awak serta menyediakan satu katil khas bagi awak.

Adakah anda ini waras , nak pergi pukul poster , tak sedar ke anda bahawa anda akan gadai diri anda bagi apa sahaja.

Kalau anda penyokong melayu yang betul serahkan semua harta awak kepada anak - anak melayu yang masih memerlukkan kewangan bagi menyara hidup mereka , biar saya tanggung sewa rumah anda , tapi syarat sebulan tidak boleh melebihi rm300.00.

Apa kata anda tuliskan dulu wasiat anda kepada orang - orang islam , barulah awak boleh dipercayai, ini makan sedap , perut sudah menunjukkan awak makan harta orang , sudahlah berhenti jangan menggunakkan memperdayakan anak anak melayu yang lain.

Kalau awak berani berdebat dengan saya , saya mengalu - alukkan saudara supaya berdebat dengan saya , kalau saya kalah , barulah saya percaya bahawa awak ni merupakan pencabar anwar, kalau saya menang menunjukkan awak tak pandai dan perlu pergi ke sekolah menengah balik. Tapi tak kanlah saya nak berdebat dengan orang kurang pandai yang pegang rotan dan pukul poster , kali pertama saya terkejut seorang pemimpin BN boleh bertindak sebegini, pada awalnya saya penyokong setia BN , tetapi selepas tengok gelagat awak tak nak lah , saya rasa salah satu sebab Datuk Najib akan tumbang adalah awak puncanya , jagalah awak kalau Datuk Najib , tumbang. Tak kanlah awak nak bagi peluang untuk Mayudin naik, adakah ini strategik awak untuk menggugatkan pergerakkan Datuk Najib.

Posting Terkini