Pages

Tuesday, February 28, 2012

Presiden Yamam rasmi letak jawatan


Ali Abdullah Saleh and Abdrabbuh Mansour Hadi at the handover ceremony
SANAA: Pemimpin Yaman, Encik Ali Abdullah Saleh, meletak jawatan secara rasmi semalam dalam satu upacara di Istana Presiden, setelah memerintah selama 33 tahun.

Beliau menyerahkan kuasanya kepada timbalannya, Encik Abdrabuh Mansur Hadi, 66 tahun.'Saya menyerahkan panji revolusi kepada seorang yang layak,' kata Encik Saleh.

Beliau pemimpin Arab keempat yang disingkir setelah lebih setahun kebangkitan rakyat dan perang mengubah semula peta politik Timur Tengah.

Encik Hadi akan memegang tampuk kepimpinan selama dua tahun sebelum pilihan raya baru diadakan, seperti termaktub dalam perjanjian peralihan kuasa dengan pemimpin negara Teluk yang ditandatangani Encik Saleh November lalu.


Semalam, presiden baru itu melahirkan harapan agar negara itu melihat peralihan kuasa aman di akhir tempoh kepimpinannya.

'Saya berharap kita akan bertemu lagi dalam bilik ini bagi mengucapkan selamat tinggal dan menyambut kepimpinan baru. Saya berharap dalam tempoh dua tahun saya akan berdiri di tempat Presiden Ali Abdullah Saleh sekarang dan seorang presiden baru akan berdiri di tempat saya,' kata Encik Hadi.

Dalam pilihan raya presiden Selasa lalu, Encik Hadi, yang merupakan calon tunggal, mendapat 99.8 peratusan undi.Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden baru Yaman Sabtu lalu.

Dalam ucapannya, Encik Hadi berkata Yaman mesti menggariskan panduan bagi menghadapi krisis ekonomi, selain mengembalikan keamanan dengan menentang kumpulan pengganas Al- Qaeda.

Encik Saleh kembali ke Yaman pada Jumaat lalu selepas mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat bagi kecederaan yang dialami semasa satu percubaan membunuh beliau tahun lepas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) BB, Encik Ban Ki-moon, memberitahu Encik Hadi sebelum ini bahawa beliau mendapat sokongan penuh badan dunia itu. -- AP, AFP, Reuters.

No comments:

Posting Terkini