Pages

Saturday, February 18, 2012

Ibrahim Ali: Saya akan bertanding dalam PRU13

perkasa open house 290112 ibrahim ali speech
Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini namun belum menetapkan kawasan yang akan ditandinginya.
    
Beliau berkata sama ada dirinya akan mewakili mana-mana parti, atau terus kekal sebagai calon bebas, juga akan ditentukan kemudian.
    
"Mungkin juga akan bertanding di Pasir Mas (untuk mempertahankan kerusi) dan itu nanti akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Pasir Mas malam tadi.
Dalam pilihan raya umum 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas menggunakan tiket PAS setelah menewaskan calon BN, Datuk Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.
    
Ibrahim yakin sokongan masyarakat terhadapnya tidak susut, terutama bukan Melayu, walaupun beliau kini menerajui Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dilihat sesetengah pihak sebagai mewakili satu bangsa sahaja.
    
"Anda boleh lihat sokongan masyarakat Cina di sini dan saya rasa faktor sokongan ini juga antara faktor untuk saya bertanding," katanya.

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

pak brahim ali bolehlah bertanding tak ada siapa yang hairan atau nak jergah.buatlah selagi mana boleh terdaya.namakanlah kerusi pak brahim tu parti atas pagar ke,parti sejati islam ke ada kami kesah?.amat kami rakyat yakin prinsip pak brahim ialah parti lalang dimana angin kencang[habuan]disitu pak brahim tumbang.

Posting Terkini