Saturday, February 18, 2012
Inilah salah satu tugas Sultan, agaknya
Aku selalu tertanya-tanya: Apakah Kerja Sultan dan Raja-Raja Melayu?. Rupanya menyaksikan Pertunjukan juga adalah satu salah tugasnya! Siapalah agaknya yang menanggung perbelanjaan kunjungan itu ya?
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkunjung ke Singaura pagi semalam bagi menyaksikan Pertunjukan Udara Singapura 2012.
Lawatan beliau adalah atas undangan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, yang meraikan beliau dalam satu jamuan tengah hari sebelum menyaksikan pertunjukan udara itu.
Ketibaan beliau di Pusat Pameran Changi disambut oleh Panglima Tentera Darat, Leftenan- Jeneral Neo Kian Hong, yang turut mengiringi beliau menyaksikan pameran yang diadakan.
Beliau turut merasai pengalaman duduk dalam jet pejuang F-15SG dan diberi taklimat tentang keupayaan pesawat tempur itu.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan menyatakan lawatan Sultan Johor menggambarkan hubungan erat dua hala antara Singapura dan Malaysia.
Pertunjukan udara Singapura yang ketiga itu dijangka menarik 140,000 pelawat industri pesawat dan orang awam.Ia menampilkan aksi- aksi hebat sebanyak 16 pesawat dari seluruh dunia, termasuk aksi nekad secara solo juruterbang Australia, Encik Tony Blair, dalam pesawat satu kipas, Rebel 300.
Pertunjukan udara itu dianggap sebagai antara pertunjukan penerbangan dan ketenteraan terpenting di Asia, dengan 900 syarikat dari 50 negara menyertai pameran dan penyertaan 60 daripada 100 syarikat penerbangan terkemuka di dunia.
Buat julung-julung kali, pesawat jenis Pilatus PC-9 milik Angkatan Udara Diraja Australia (RAAF) dan MiG-29N milik Angkatan Udara Diraja Malaysia (RMAF) akan turut membelah angkasa dengan pelbagai aksi hebat.Ia dibuka kepada orang awam hari ini dan esok.
Baca seterusnya di sini
Labels:
Melayu,
Pembaziran,
Raja,
Singapore
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment