PETALING JAYA: Seramai 80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia sebagai pembantu pada bulan depan.
“Jumlah ini terdiri dari jumlah tenaga kerja Indonesia yang gagal ke Malaysia berikutan pembekuan pengambilan tenaga kerja,” kata ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat kepada media Indonesia pada hari ini.
Kerajaan Indonesia telah menetapkan pembekuan terhadap rakyatnya untuk memasuki sektor kerja di Malaysia sejak Jun 2009 hingga kini.
Memorandum persefahaman
Penamatan pembekuan tenaga kerja Indonesia terhasil ekoran termeterainya memorandum persefahaman dalam isu penempatan dan perlindungan tenaga kerja yang ditandatangani dalam bulan Mei di Bandung, Indonesia.
Penamatan pembekuan tenaga kerja Indonesia terhasil ekoran termeterainya memorandum persefahaman dalam isu penempatan dan perlindungan tenaga kerja yang ditandatangani dalam bulan Mei di Bandung, Indonesia.
Perjanjian persefahaman tersebut ditandatangani Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Muhaimin Iskandar dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Dr S Subramaniam.
Sehubungan dengan itu, jawatankuasa petugas Indonesia dan Malaysia sedang berunding berkenaan pindaan ke atas perjanjian persefahaman mengenai penempatan dan perlindungan tenaga kerja Indonesia sebagai pekerja sektor domestik.
Sebanyak 11 perkara dibincangkan. Antaranya ialah pekerja Indonesia berhak menyimpan pasport sendiri, sistem penggajian menerusi bank yang ditetapkan, cuti sehari seminggu dan gaji minima sebanyak RM700.
No comments:
Post a Comment