Pages

Saturday, September 17, 2011

Sekilas Berita Dunia


Warta KerajaanRakyat
PM Pakistan tak jadi ke Amerika
ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Encik Yusuf Raza Gilani, telah membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran banjir yang berlaku di negaranya.

Pemimpin Pakistan sebelum ini telah dituduh tidak mengendahkan bencana banjir pada tahun lalu.

Dalam banjir terbaru yang melanda wilayah selatan Pakistan, pemimpin negara itu sekali lagi didakwa terlalu lembap dalam usaha menghulurkan bantuan kepada para mangsa. -- Reuters.

Gempa landa wilayah FijiWELLINGTON: Gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter telah melanda kepulauan Pasifik di wilayah Fiji awal pagi semalam.


Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa itu dilaporkan berlaku pada 7.30 pagi (waktu tempatan) dan berpusat di kedalaman 593 kilometer, sekitar 120 kilometer dari Pulau Ndoi di Fiji. -- AFP.

Khuatir ambil amah MaghribiRIYADH: Wanita Arab Saudi melahirkan rasa bimbang terhadap agensi pekerja asing yang mahu mengambil pekerja dari Maghribi.

Ini kerana mereka percaya wanita Maghribi menggunakan sihir supaya lelaki mengahwini mereka.

Sebahagian wanita Saudi menggesa Majlis Syura agar masuk campur, manakala yang lain mengugut akan berhenti kerja untuk menjaga rumah tangga mereka sekiranya pembantu rumah dari Maghribi dibawa masuk. -- Agensi.

Rancang serang rakan sepelarianSEOUL: Seorang lelaki dari Korea Utara yang sebelum ini berpaling tadah ditahan di sini kerana disyaki merancang serangan ke atas seorang aktivis anti-Pyongyang.

Ketika ditahan, suspek yang dikenal pasti sebagai Ahn didakwa membawa jarum yang beracun.

Sasaran serangannya ialah Encik Park Sang-hak, seorang lagi warga Korea Utara yang berpaling tadah. -- AP.

No comments:

Posting Terkini