Pages

Wednesday, April 6, 2011

Bertugas atau bersantai?



AKSI YANG MENGUNDANG TINDAKAN DISIPLIN: Norman Kamaru (kiri) meniru gerak bibir dan aksi Shah Rukh Khan ketika 'menyanyikan' lagu daripada sebuah filem Bollywood semasa beliau menjalankan tugas di pos polis. -- Foto YOUTUBE.COM


JAKARTA: Pengguna laman jaringan sosial semalam mempertahankan tindakan seorang pegawai polis yang kini berada di bawah kawalan rapi pihak polis daerah Gorontalo.

Reaksi ini diluahkan menyusuli sebuah klip video yang menunjukkan pegawai polis itu berdansa dan meniru gerak bibir aksi seorang bintang filem Bollywood berlatar sebuah lagu Hindustan.


Video itu yang dimuat naik ke laman YouTube menarik minat dan tontonan ramai pengguna Internet, lapor versi dalam talian akhbar Jakarta Globe.

Norman Kamaru, seorang pegawai Briged Bergerak Gorontalo, mungkin menjadi sensasi YouTube terbaru di Indonesia. Ini selepas videonya itu menunjukkan beliau yang berpakaian seragam polis meniru gerak bibir sambil berdansa dengan iringan lagu Chaiyya-Chaiyya oleh Shah Rukh Khan, sedang beliau duduk di pos pengawalannya.

Video bertajuk Gorontalo Police Goes Crazy yang dimuat naik pada 2 April lalu itu ditonton oleh lebih 164,000 pelungsur Internet.

Jurucakap Polis Gorontalo, Pesuruhjaya Kanan Wilson Damanik, berkata pihak polis sedang menyiasat mengapa Norman memuatnaikkan video tersebut ke dalam YouTube dan akan mengenakan tindakan disiplin pentadbiran ke atasnya.

Namun, penonton video tersebut meninggalkan komen-komen sambil memuji usaha Norman itu kerana beliau hanya 'menunjukkan ciri kemanusiaannya'.

'Encik Polis, saya suka gaya anda! Angkat kepalamu... usah pedulikan apa yang mereka katakan. Anda cool!' tulis seorang pelungsur yang menggelar dirinya Aldebaran.

Seorang lagi, Diahtriana, menulis:

'Seorang pegawai polis juga manusia, mereka juga perlu bersantai dan menghiburkan diri mereka. Pak Norman amat menghiburkan kita juga!'

Pandangan yang sama diluahkan oleh seorang lagi pelungsur Internet.

'Memang O.K. bagi seorang pegawai polis mempunyai rasa humor. Lagipun, dia melakukannya bagi mengelakkan rasa bosan. Usah dihukum dia. Saya malah berharap dia akan muncul di TV dan berdansa... ia bagus untuk imej polis,' tulis pelungsur yang menggelarkan dirinya Cantona.

Rancangan untuk menghukum Norman mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter serta penulis blog.

I don't think we're going to save anything if we go around talking about saving plants and animals only; we've got to translate that into what's in it for us.

No comments:

Posting Terkini