Wednesday, April 6, 2011
Sekilas Dunia
Seoul dakwa Pyongyang mungkin serang
SEOUL: Korea Utara mungkin cuba melancarkan serangan mengejutkan merentasi sempadan perairannya dengan Korea Selatan selepas mengadakan satu latihan penyerapan marin, kata Menteri Pertahanan Korea Selatan, Encik Kim Kwan-Jin, semalam.
Encik Kim memberitahu para penggubal dasar di negaranya itu bahawa latihan berkenaan bermula selepas kawasan salji mulai cair dan memberi amaran tentang kemungkinan 'beberapa jenis provokasi setempat yang mengejutkan' yang diarahkan kepada Korea Selatan. -- AFP.
Qantas akui latih pengurus kendali bagasiSYDNEY: Syarikat penerbangan Australia, Qantas, semalam mengakui ia sedang melatih pengurusnya di luar negara untuk kerja-kerja pengendalian bagasi dan beberapa latihan lain.
Ini dilakukan sedang ribuan kakitangan darat, jurutera dan juruterbangnya mengancam mengadakan mogok atas sebab isu gaji.
Qantas sedang menghadapi mogok yang melibatkan sekitar 9,000 kakitangan berikutan satu pertikaian dengan Kesatuan Sekerja Pekerja Pengangkutan (TWU) berhubung pekerja kontrak, gaji dan bayaran bonus serta jaminan pekerjaan. -- AFP.
China digesa bebaskan artis yang 'hilang'BEIJING: Kuasa-kuasa Barat dan kumpulan-kumpulan hak asasi meluahkan rasa marah dan bimbang terhadap nasib seorang artis China bersifat terus terang, Encik Ai Weiwei, yang 'hilang' setelah ditahan polis.
Amerika Syarikat, Perancis, Jerman dan Britain menyertai kumpulan Amnesty International dan beberapa kumpulan hak asasi lain dalam menggesa pihak China supaya membebaskan Encik Ai.
Encik Ai ditahan pada Ahad lalu di lapangan terbang Beijing sedang beliau mahu menaiki pesawat untuk ke luar negara. -- AFP.
I see humanity now as one vast plant, needing for its highest fulfillment only love, the natural blessings of the great outdoors, and intelligent crossing and selection.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment