Friday, March 18, 2011
Sekilas Berita Dunia
Lanun rampas kapal Indonesia
BRUSSELS: Sekitar 30 lanun Somalia semalam merampas sebuah kapal Indonesia dan cuba menggunakannya untuk merampas sebuah lagi kapal, tetapi gagal, kata satu misi antilanun Kesatuan Eropah (EU).
Kumpulan lanun itu merampas kapal Sinar Kudus dengan 20 anak kapal sekitar 320 batu nautika (592.64 kilometer) ke timur laut pulau Socotra lewat kelmarin, kata misi antilanun EU itu. -- AFP.
Diminta timbang semula keputusan
DHARAMSHALA (India): Dalai Lama semalam menolak gesaan parlimen Tibet dalam buangan agar beliau menimbang kembali peletakan jawatan sebagai pemimpin politik gerakan itu.
Pemimpin rohani berusia 75 tahun itu minggu lalu mengumumkan beliau mahu melepaskan peranan sebagai ketua politik bagi pemerintah Tibet dalam buangan kepada seorang 'perdana menteri' yang bakal dilantik lusa. -- AFP.
Pencuri bank lari naik basDAYTON (Ohio): Polis berkata seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan kemudian cuba melarikan diri dengan menaiki bas awam tertangkap jua akhirnya.
Jurucakap polis Dayton, Sarjan Moe Perez, memberitahu akhbar Dayton Daily News bahawa suspek melarikan diri dengan wang tunai daripada sebuah cawangan Key Bank di kawasan bandar sekitar 10 pagi (waktu tempatan) kelmarin, sebelum para saksi memberitahu polis lelaki itu menaiki sebuah bas sekitar dua blok dari bank terbabit. -- AP.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment