Pages

Tuesday, January 11, 2011

Sekilas Dunia


Seoul tolak hasrat Pyongyang
SEOUL: Korea Selatan semalam menolak tawaran terbaru Korea Utara untuk mengadakan rundingan.

Jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Encik Chun Hae-Sung, berkata Korea Utara harus menunjukkan dahulu yang ia benar-benar serius untuk melupuskan senjata nuklearnya.

Sabtu lalu, Korea Utara menawarkan untuk mengadakan rundingan 'tanpa syarat' dengan Korea Selatan dalam tempoh beberapa minggu mendatang. -- AFP.


100 maut akibat suhu sejuk di IndiaLUCKNOW (India): Suhu terlampau sejuk di utara India yang melanda sejak tiga minggu lalu telah menyebabkan hampir 100 orang terkorban.


Negeri paling teruk terjejas ialah Uttar Pradesh, dengan sekurang-kurangnya 81 orang meninggal dunia.

Sebahagian besar mangsa ialah golongan miskin dan tidak mempunyai tempat tinggal. -- AP.



Myanmar wajibkan perkhidmatan negara
YANGON: Myanmar telah meluluskan satu undang-undang bagi mewajibkan lelaki dan wanita menjalani perkhidmatan negara.

Mereka yang enggan berbuat demikian boleh dihukum sehingga lima tahun penjara.

Angkatan tentera Myanmar sekarang mempunyai 400,000 anggota dan merupakan antara terbesar di dunia. -- AP.



Wanita korban banjir di Australia
BRISBANE: Banjir kilat yang melanda bandar Toowoomba, di selatan Brisbane, Australia, telah menyebabkan seorang wanita terbunuh.

Ramai juga penduduk yang terperangkap dalam kenderaan atau terpaksa berpaut pada dahan pokok sementara menunggu diselamatkan. -- AP.


Krisdayanti enggan umum tarikh nikahJAKARTA: Penyanyi Indonesia, Krisdayanti, masih enggan memberitahu bila beliau akan berkahwin dengan Encik Raul Lemos.

Menurut beliau, perkahwinannya dengan Encik Raul masih dalam peringkat persiapan.

Krisdayanti juga berkata beliau tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran berikutan kegagalan mengekalkan perkahwinan pertamanya. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini