Pages

Tuesday, January 4, 2011

PAS Umum Calon Tenang 16 Jan

LABIS 4 JAN : PAS akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 16 Januari ini.

Pengumuman tersebut akan dibuat di Pekan Labis jam 9 malam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata sehingga kini senarai nama calon DUN tenang masih dirahsiakan.

Turut dijangka akan hadir semasa pengumuman tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.


Dzulkefly menjelaskan, jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di DUN Tenang tidak akan menyerang mana- mana pihak, sebaliknya hanya akan menerangkan keadaan sebenar kepada rakyat.

"Kita tidak akan adakan unsur provokasi semasa PRK DUN Tenang," jelasnya.

Pihaknya juga akan mengeluarkan etika berkempen secara sihat disamping menonjolkan akhlak yang baik dan disenangi pengundi.  

Zulkefly menggesa supaya diberikan hak mengakses kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat daripada semua sumber sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun Umno Barisan Nasional.

DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, manakala kaum Cina pula sebanyak 38.13 peratus sementara kaum India sebanyak 12.11 peratus dan kaum-kaum lain sebanyak 0.1 peratus.

No comments:

Posting Terkini