Pages

Wednesday, January 5, 2011

Himpunan 30,000 Pemuda PAS

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat merancang untuk mengadakan perhimpunan seramai 30,000 daripada ahlinya pada 19 Februari depan di Kota Sarang Semut, Kedah.
Bertemakan “Masa Untuk Berubah”, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata himpunan itu merupakan langkah persediaan awal bagi Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang semakin hampir.

Khairul berkata ini merupakan perhimpunan kali ketiga selepas berjaya mengadakannya buat pertama kali di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5,000 Pemuda PAS dan himpunan kali kedua lima tahun lalu di Kota
Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15,000 Pemuda PAS dari seluruh negara.
Selain mensasarkan penyertaan daripada anak muda khususnya ahli baru, PAS turut membuka ruang kepada anak muda bukan Islam yang mendaftarkandiri sebagai Penyokong PAS untuk menyertai perhimpunan tersebut.
“Sasaran 30,000 Pemuda boleh direalisasikan dengan mengharapkan penyertaan anak-anak muda khususnya ahli baru dan anak-anak muda yang menyokong PAS daripada seluruh pelusuk kawasan di dalam negara.
“Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perhimpunan itu juga dijadual akan berlangsung selama sehari bermula pukul 8 pagi dan turut dihadiri beberapa pemimpin PAS Pusat termasuk Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ramai lagi.
“Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu.
“Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang,” katanya.

No comments:

Posting Terkini