Pages

Wednesday, December 1, 2010

Wikileak Dedah Firma Malaysia Langgar Sekatan PBB

Selepas pendedahan Scomi Precision Engineering Sdn Bhd membina komponen untuk penghasilan bom nuklear yang dirampas ketika dalam perjalanan penghantarannya ke Libya, dua lagi syarikat negara ini dikatakan terbabit membeli komponen untuk tujuan sama tetapi kali ini ke Iran pula.

Wikileaks.org melaporkan bahawa kedua syarikat terbabit melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan juga sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila cuba memilik 'peralatan sensitif untuk di bekalkan beberapa badan di Iran.

Badan-badan tersebut, dikatakan terbabit dalam program mengembangkan keupayaan senjata nuklear Iran

Peralatan sensitif tersebut, TRS-500 Giroskop, sejenis komponen navigasi Giroskop buatan China digunakan bagi mengukur atau mengekalkan kestabilan hala tuju sesuatu pesawat ataupun peluru berpandu.

Menurut Wikileaks.org, perhubungan komuniksi 3 Februari lalu dari pejabat Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke kedutaannya di Beijing, di China memaklumkan bahawa dua syarikat berpusat di negara ini disyaki terbabit dalm satu rangkaian syarikat-syarikat lain cuba memiliki 'peralatan yang sensitif' untuk badan di Iran.

Badan di Iran berkenaan dikatakan terbabit dalam progem pengembangan persenjataan nuklear negara berkenaan.

Perhubungan itu bagamanapun menyatakan bahawa Giroskop TRS-500 yang dikehendaki oleh Electronics Component Limited, (ECL) di Malaysia, “adalah dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan pengawalan eksport berkaitan peluru berpandu China".

Giroskop berkenaan juga boleh digunakan sebagai peralatan navigasi peluru berpandu jenis balistik, peluru berpandu jarak jauh dan pesawat udara tanpa pengendalian manusia (UAV).

Perhubungan kabel berkenaan menyatakan bahawa ECL, bersama dengan sebuah lagi syarikat di negara ini Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat yang dikuasai Iran yang cuba memperolehi "barangan sensitif" bagi pihak badan-badan yang terbabit dengan industri program senjata nuklear negara berkenaan.

Badan tersebut termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), syarikat pembangunan utama peluru berpandu balistik berasaskan tujahan cecacir dan Heavy Metal Industries, syarikat yang bertindak bagi Ya Mahdi Industries yang terbabit dalam pembangunan peluru berpandu taktikal.

Kedua-dua SHIG and Ya Mahdi Industries dikenakan sekatan di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSCR) 1737, manakala Giroskop TRS-500 gyroscopes pula diklasifikasikan sebagai barangan terkawal yang dilarang dieksport ke Irandi bawah resolusi UNSCR 1737.

Pejabat Setiausaha Negara berkata dalam kabel perhubungan berkenaan bahawa mereka berharap dengan maklumat yang diberikan, mereka berharap kerajaan negeri China akan menghalang penghantaran peralatan Giroskop oleh VibTel Industrial Co kepada ECL.

Sebelum ini, dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, Scomi Precision Engineering Sdn Bhd telah dibebaskan dari sebarang kesalahan dan syarikat tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa kononya mereka telah diperdaya oleh seorang warga Sr Lanka yang terbabit dalam pasaran gelap nuklear.

No comments:

Posting Terkini