Pages

Wednesday, December 22, 2010

Tiada pilihan kecuali terpaksa buat muka seposen…

Hati remuk redam,tapi no way out .Mungkin itu jadi penyebab sebilangan pemimpin PKR yang tak puas hati dengan segala macam cacamarba semasa pemilihan parti itu terpaksa ‘akur’ saja.

Antaranya orang macam Mustapa Kamil Ayub,calon tewas jawatan Timbalan Presiden pernah bising seketika.Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang kalah pada pemilihan Naib Presiden juga boleh masuk dalam kategori itu.

Siapa yang tak makan hati.Beliau adalah antara orang lama yang kerap terpekik terlolong tampil bagai hero bila ada hal sana sini termasuk dalam sidang Dewan Rakyat. 


Alih-alih ada orang lain – yakni peguam N Surendran yang tidak begitu dikenali berdesup masuk sebagai Naib Presiden lantikan mewakili kaum India.

Kata orang marah tetap marah tapi bila pusing kiri…pusing kanan apa pilihan melainkan terpaksa buat muka seposen.

Cuma yang agak terus berani sikit sampai sekarang ialah calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Dari kenyataan media yang dibuatnya jelas kedudukan beliau boleh diibaratkan ‘luah mati mak,telan mati bapak’.


Chegu Bard yang kalah tipis dengan Shamsul Iskandar Mohd akin berebut jawatan Ketua AMK ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR.

Ramai pemerhati politik melihatnya tidak lebih sebagai jawatan ‘ tutup mulut’ saja.

Kata beliau, “Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup manipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi.”

Sekali baca, macam beliau nak tolak jawatan itu, pun begitu dimasa yang sama kata lantikan itu satu perhormatan dan amanah besar sehingga menyebabkan beliau perlu bincang dengan semua teman-teman dan keluarga terlebih dahulu.

Jelas Chegu Bard lagi, beliau masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan yang beliau dan ahli PKR ajukan kepada pucuk pimpinan parti itu.

“Saya akur dengan nasihat Setiausaha Agong Saifuddin Nasution agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung,” katanya.

Sumber Agendadaily kata Chegu Bard dalam dilema sakan, antara hendak terima kerana ‘akur’ atau mempertahankan prinsip.

Ini kerana beliau yang sebelum ini sudah buat kenyataan tolak keputusan pemilihan PKR ini.

“Kalau dia terima, penyokong-penyokong dia yang selama ini berdiri teguh pertahankan beliau akan kata dia tak ada prinsip dan boleh ‘dibeli’ dengan jawatan.

Baca selebihnya di Agendadaily.com

No comments:

Posting Terkini