Pages

Sunday, December 5, 2010

Subsidi Rakyat Dirampas, Subsidi Kroni Dilindungi

AI44KUALA LUMPUR 5 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap hipokrit kerajaan Umno-Barisan Nasional yang terus membebankan golongan rakyat miskin dengan menaikkan harga barangan keperluan atas alasan mahu mengurangkan subsisdi tetapi pada masa yang sama melindungi kepentingan kroni.

Anwar berkata Umno-BN tidak menghiraukan nasib rakyat dengan menaikkan 5 sen harga petrol RON95 kepada RM1.90 semalam serta kenaikan 4-dalam-1 1 Disember lalu yang melibatkan kenaikan 15 sen harga petrol RON97 kepada RM2.30, diesel (5 sen) gula (20 sen) dan LPG (5 sen).

Malah beliau memberi amaran harga petrol RON97 mungkin dinaikkan sehingga kepada RM2.10 dalam tempoh setahun berdasarkan kepada pengakuan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)

"Barisan Nasional melalui Pemandi telah menggariskan (diumumkan semasa Hari Terbuka Rasionalisasi Subsidi pada 27 Mei 2010) pelan pengurangan subsidi setiap enam bulan ke atas harga petrol RON95

"Pengumuman semalam mengesahkan bahawa kenaikan  yang serupa akan terus berlaku pada masa depan malah pada kuantum yang lebih besar melebihi 10 sen setiap enam bulan," kata Anwar dalam kenyataannya sebagai respons terhadap pengumuman kenaikan harga empat barangan utama sejak 1 Disember lalu.

Anwar juga menyelar tindakan kerajaan yang amat liat untuk menarik balik subsidi kepada syarikat-syarikat penjana tenaga bebas (IPP) yang kini menikmati subsidi gas yang mencecah RM19 bilion setahun.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan,” kata Anwar.  

“Anehnya,  setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barangan keperluan asas yang memberi kesan kepada rakyat secara terus tetapi tidak sama sekali kepada kroni,” tegas beliau.   

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik ura-uran kerajaan mahu menjimat RM1.12 bilion sekiranya subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan namun ia lebih indah khabar dari rupa.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian. 

"Kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil  pemotongan subsidi terbaru rakyat membabitkan kenaikan harga gula  tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing. 

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” kata beliau lagi.

Tambah Anwar kerajaan Umno-BN begitu licik sekali menabur kata-kata manis untuk konon mereformasi sistem pengagihan subsidi tetapi pada hakikatnya pelaksanaannya gagal sama sekali

"Nampaknya Pemandu amat cekap sekali mengerakkan usaha pengurangan subsidi tetapi terlalu lambat untuk mengenengahkan penyelesaian bagaiman pengagihan semula subsidi bagi membantu golongan miskin.

"Barisan Nasional menggariskan ide dan konsep yang muluk untuk membuat perubahan kepada ekonomi tetapi trek rekod melaksanakan semua ide ini terlalu mengecewakan.

"Barisan Nasional bercakap mengenai keperluan mengurangkan subsidi untuk membantu mengecilkan defisit perbelanjaan negara namun ia memberi tumpuan kepada pengurangan subsidi dalam jumlah yang kecil berkaitan barangan keperluan rakyat tetapi membiarkan subsidi raksasa kepada IPP berleluasa," jelas Anwar.

Kata beliau tatkala rakyat menderita akibat kenaikan harga barangan keperluan, Pemandu membayar gaju begitu mahal kepada kakitanganya yang lebih tinggi daripada sektor swasta.

"Terdapat jurang yang amat besar antara apa yang diwar-warkan dan keikhlasan untuk melaksanakan apa yang dijanji. Sikap ini tidak memeranjatkan memandangkan kerajaan Umno-BN kini menonjolkan imej mulia hasil kerja tangan firma pelobi yang dibayar dengan wang rakyat untuk membeli sedikit masa sebelum hukuman muktamad rakyat jatuh ke atas tengok mereka," tegas Anwar.

1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya subsidi kepada rakyat bukan pembaziran, soalnya bagaimana subsidi diagihkan.

Isunya korupsi.

Kerajaan tidak rugi sebenarnya, cuma opportunity loss.

Isunya bisness opportunity.

Gov. nak income lebih? forefit terutamanya yang legal tapi corrupted. Rampas semua illigal bisness.

Jangan hairan kalau rakyat dengan muka manis bersalaman mesra dengan pemimpin, tetiba meludah muka...

Posting Terkini