Pages

Friday, December 24, 2010

OMAR OSMAN KEKAL PRESIDEN CUEPACS

Omar Osman hari ini diumumkan kekal Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini apabila beliau menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan AM MARDI. Omar mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tiga tahun lalu tanpa cabaran.
Omar dikatakan memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar yang mencubanya untuk kali ketiga hanya mendapat 153 undi. Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin gagal mempertahankan kedudukannya apabila tewas kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng.

Selain di cabar oleh Yim Peng yang memperolehi 468 undi, Ahmad Shah juga dicabar oleh Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung dengan menduduki tempat kedua tertinggi kutipan undi dengan mendapat 278 undi. Ahmad Shah hanya menduduki tempat ketiga dengan 263 undi.
Kekalahan Ahmad Shah dilihat sebagai penolakan gabungan beliau dengan Ramli yang cuba merampas kerusi Presiden daripada Omar. Ahmad Shah sudah memegang jawatan tersebut untuk tiga penggal berturut-turut sebelum tewas hari ini.
Selain itu, Yim Peng seorang wanita akan pula bertanding di dalam satu lagi jawatan Timbalan Presiden minggu hadapan di dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.
Untuk jawatan Timbalan Presiden, Azih Muda mengekalkan kerusi tersebut dan beliau dilihat sebagai calon yang bakal menggantikan Omar selepas persaraan Omar yang dijangkakan tahun hadapan.
Persidangan Tri-tahunan CUEPACS telah dirasmikan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Posting Terkini