Pages

Wednesday, December 1, 2010

Harga rumah jatuh lagi bulan November

real-estate-ripoff-01-afLONDON: Harga purata rumah jatuh lagi bulan November pada kadar purata 0.3% menjadikan 0.4% lebih tinggi dari setahun yang lalu, tinggi sedikit dari 163,398 pound.
Sementara itu, kadar sewa semakin meningkat kerana lebih ramai orang suka menyewa dari membeli, demikian menurut Nationwide.

Institut Diraja Juruukur Bertauliah (Rics) berkata permintaan dari bakal penyewa semakin meningkat manakala penawaran rumah baru untuk sewa menjunam.
Kejatuhan harga rumah yang berterusan seperti yang dinilai oleh Nationwide adalah kejatuhan buat kali keempat dalam tempuh lima bulan lalu. Harga rumah tiga bulan lalu adalah 1.3% lebih rendah dari tempuh tiga bulan tahun lepas.
Ahli ekonomi Nationwide Martin Gahbauer berkata harga rumah akan turun lagi pada bulan-bulan yang akan datang.
Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit bukti bahawa harga rumah akan jatuh secara mendadak pada bulan-bulan akan datang," katanya.
"Kebanyakan dari kejatuhan nilai hartanah sejak musim luruh disebabkan kembalinya para penjual di pasaran.
Namun, tidak pula terdapat tanda-tanda bahawa para penjual perlu menjual rumah-rumah mereka dengan segera atas alasan ekonomi atau kewangan.  Ini bermakna tekanan terhadap harga rumah tidak seburuk yang dijangka," tambahnya.
Jurucakap Rics, Jeremy Leaf berkata lebih ramai rakyat terpaksa menyewa kerana mereka gagal memperoleh pinjaman perumahan.
-bbcnews

No comments:

Posting Terkini