Pages

Thursday, December 30, 2010

160 Pelajar Warga Ampang Campuran Terima Sumbangan


29 Disember 2010, Dewan Masyarakat Ampang Campuran - Satu majlis yang agak ringkas dianjurkan oleh JKKK Ampang Campuran bagi menyampaikan sumbangan kepada para pelajar sekolah yang bakal menduduki kelas pada januari 2011 hadapan. Sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor itu disampaikan oleh YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADN Lembah Jaya.

Majlis yang dirancang agak sederhana itu berubah menjadi agak besar dengan sambutan yang agak menggalakkan daripada para penerima yang hadir sekitar 200 orang terdiri daripada 160 penerima dan para ibubapa. Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Hj Mohd Saleh Daud amat berbangga dengan sambutan yang diberikan dan berharap pentadbiran mampu mampu memberikan yang terbaik buat penduduk kampung dengan kerjasama semua pihak terutama DUN Lembah Jaya yang bersedia membantu dari segi dana. Sumbangan juga diterima dari pihak Bio Sinar yang bermurah hati menyumbang 500 gram serbuk pencuci dalam setiap beg sumbangan.

Dalam ucapannya YB Khasim menyeru orang ramai agar membantu beliau dalam membela nasib rakyat, demi kepentingan rakyat dan tidak membiarkan rakyat dikhianati oleh mereka yang mementingkan diri sendiri sahaja.

Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya Puan Hjh Rohainah Hj Hasan berkesempatan memberikan ucapan dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Tasek Permai Saudara Che Yusof Che Mat, Ketua Kampung Dato' Mufti Saudara Arshad, Ketua Kampung Ampang Indah Tuan Hj Misbah Samad dan Ahli Majlis MPAJ Zon 14 Encik Nallan a/l Dhanaballan.

Sekalung tahniah buat semua pihak termasuk JKKK Ampang Campuran dan JKKK lain yang telah berjaya dan akan menganjurkan program-program seumpama ini dan setinggi-tinggi terima kasih buat pihak yang bermurah hati menaja sumbangan. Semoga ianya bermanfaat untuk rakyat.
Bacaan doa dipimpin oleh Tuan Hj Abd Kodir Mujid, Pengerusi Surau Baitul Ehsan Ampang Campuran

Ucapan oleh Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Hj Mohd Saleh Daud

YB Khasim memperkatakan sesuatu berkenaan sepanduk Bio Sinar

Beg-beg berisi barang-barang sumbangan

Para hadirin tekun mendengar ucapan bersemangat YB Khasim


Puan Hjh Rohainah menyampaikan ucapan

Barisan sebahagian AJK JKKK Ampang Campuran. Dari kiri Tuan Hj Kodir, Engku Faizan, Azmi dan Rejab

YB Khasim menyampaikan sumbangan sambil dibantu oleh Tuan Hj Saleh dan AJK lain


Ahli Majlis Zon 14 Encik Nallan turut menyampaikan sumbangan

Azmi (kiri) dan Pak Engku (dua dari kanan) bertungkus lumus membantu

Hj Saleh dan isteri turut tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan

No comments:

Posting Terkini