Pages

Monday, November 29, 2010

Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT) halang pembinaan surau

perkasa logoJOHOR BARU: Perkasa daerah Johor Bahru kesal di atas kegagalan pihak kerajaan negeri Johor  menangani isu pembinaan surau di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru sehingga Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT)  merampas bahan-bahan binaan di tapak pembinaan surau tersebut.
Naib Ketua Perkasa daerah, Rosli Othman berkata, rampasan dilakukan pada petang menjelang umat Islam menyambut kedatangan Hari Raya AidilAdha, 17 November lalu.

"Tindakan ini telah menyentuh perasaan umat Islam di taman tersebut," katanya.
Beliau berkata, penduduk Islam di Johor Baru  sedih dan tidak puas hati dengan tindakan tersebut.
"Tindakan tanpa mempertimbangkan perasaan orang Islam seumpama ini mencabar kesabaran dan tolak ansur orang-orang Islam dalam memperkukuhkan perpaduan bangsa di tanah air," tambahnya di dalam laman web pertubuhan itu.
Perkasa Johor Bahru, menurut Rosli  amat bersimpati dengan penduduk Islam di taman tersebut yang telah berusaha mengumpul dana sehingga berjaya mencapai pungutan sebanyak RM54,000.00.
Bagaimanapun, katanya, keputusan MPJBT yang menghalang pembinaan surau tersebut menyedihkan penduduk.
Katanya, sedangkan kelulusan geran tanah telah diperolehi dan cukai tanah telah dijelaskan pada 2 November lalu.
"Perkasa daerah Johor Bahru juga bersedia menyokong usaha-usaha penduduk Islam di Taman Impian Emas merealisasikan pembinaan surau yang dicadangkan selaras dengan tujuan dan matlamat penubuhan Perkasa iaitu memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan, mempertahankan hak-hak dan keistemewaan orang Melayu, memperkasakan kaum peribumi dan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan negara.
"Perkasa  berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak kerajaan Negeri Johor demi menegakkan Islam sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan dengan kesedaran ke arah perpaduan masyarakat setempat," katanya.

No comments:

Posting Terkini