KUALA LUMPUR: Tarian 'poco-poco' kini popular di Malaysia sebagai kegiatan senaman.
Namun, di sebuah pusat hiburan di Taman Melawati dekat sini, gerak tari asal Indonesia itu dieksploitasi dengan unsur berahi untuk memancing pengunjung.
Sekumpulan penari wanita warga Indonesia bukan saja berpakaian seksi dan mempersembahkan aksi tarian separuh lucah, malah bahagian tertentu tubuh mereka boleh dipegang serta diraba pengunjung.
Selepas lebih enam bulan beroperasi dan mendapat sambutan hangat penduduk sekitar yang majoritinya Melayu, kegiatan sumbang pusat hiburan itu terbongkar. Ini selepas lebih 10 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang diketuai Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik, Encik Shahrom Maarop, menyerbu tempat itu kira-kira 1 pagi pada 4 Ogos lalu.
Encik Shahrom berkata serbuan itu dilakukan ketika pusat hiburan itu menganjurkan malam persembahan istimewa ladies night atau malam khusus bagi pelanggan wanita yang diberi kemasukan percuma.
Menurutnya, serbuan dibuat setelah pihaknya mendapat maklumat berkaitan pusat hiburan itu yang semakin menjadi tumpuan umat Islam meneguk minuman keras secara terbuka dan melakukan maksiat.
'Ketika serbuan, sekumpulan sembilan penari warga Indonesia membuat persembahan. Mereka berpakaian seksi hingga menampakkan buah dada dan menari penuh ghairah sambil membiarkan tubuh diraba pelanggan lelaki,' tambahnya. -- Harian Metro.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment