Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memfailkan aduan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi - kes pertama di bawah Akta Kod Etika Hakim 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009 yang mula berkuatkuasa Mac lalu.
Dalam aduan yang dihantar melalui tangan ke pejabat Ketua Hakim Negara di Putrajaya hari ini, Karpal kata kenyataan Zaki berkaitan dengan rasuah pada 11 Jun lalu, menunjukkan "kecacatan watak' yang mmbolehkan tindakan disiplin diambil mengikut akta berkenaan.
Katanya, di majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Mahkamah Persekutuan, Zaki telah berkata: "Saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dalam rasuah, baik dalam bentuk keuntungan kewangan atau telefon bimbit, tiket kapal terbang, baucer hotel atau atau apapun.
"Ada yang mengatakan jika tidak ada pemberi, tidak akan ada rasuah lain tapi saya mengatakan jika tidak ada penerima, tidak akan ada pemberi."
Aduan tersebut merupakan lanjutan kepada usaha Karpal untuk memecat ketua hakim negara, yang bermula dengan satu laporan polis pada 2008, diikuti dengan pengakuan Zaki yang beliau telah menyuap pegawai mahkamah ketika dia menjadi peguam pada 1987.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Karpal menyifatkannya sebagai satu sikap hipokrit dan kecacatan watak.
Katanya, Zaki sepatutnya menjadi orang terakhir memberi amaran mengenai rasuah kerana Karpal mendakwa Zaki sendiri korup.
Saturday, August 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment