JAKARTA: Suami pelakon terkenal Indonesia, Cut Tari, Encik Yusuf Soebrata, dalam keadaan serba salah berhubung skandal seks isterinya.
Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai dakwaan zina isterinya walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya.
'Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaan Cut dengan Ariel, bukan saja Ariel malah isterinya juga akan berdepan dengan masalah lebih berat,' kata seorang anggota polis yang terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan Cut dan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel Nazril, dan seorang lagi selebriti, Luna Maya.
'Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu, Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina,' tambahnya.
Cut didakwa terlibat dalam skandal itu kerana wanita di dalam video tersebut miripnya.
Namun, beliau berkali-kali menafikannya.
Sementara itu, Cut ditukil sebagai berkata beliau bersedia dan pasrah sekiranya ditahan polis.
Dengan berkali-kali menegaskan wanita dalam video itu bukannya, Cut berkata beliau menyerahkan proses siasatan kepada polis.
Cut disoal siasat buat kali kedua kelmarin dan berada di ibu pejabat polis di Jakarta selama sembilan jam.
Beliau, yang ditemani suaminya, dilihat tiba di ibu pejabat polis tetapi enggan diwawancara wartawan.
Menurut sumber polis, pelakon itu boleh dinamakan sebagai suspek sekiranya semua bukti diperolehi, tetapi sehingga kini beliau hanya dinamakan sebagai saksi.
Ariel yang dinamakan sebagai suspek masih ditahan di ibu pejabat polis Jakarta.
Polis turut meneruskan soal siasat ke atas Luna Maya, yang turut didakwa terlibat. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment