Pages

Sunday, July 4, 2010

Sekilas Dunia

Gadis dihukum jel 20 tahun dek bunuh ibu

SEOUL: Sebuah mahkamah Korea Selatan semalam mengenakan hukuman 20 tahun penjara ke atas seorang gadis kerana membunuh ibunya selepas dimarahi kerana ketagih Internet.

Gadis berusia 22 tahun itu ditahan Februari lalu kerana membelasah hingga mati ibunya yang berusia 53 tahun.

Pendakwa mahu dia dihukum mati. -- AFP.




PBB gesa rakyat Somalia berdamai

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, kelmarin menggesa rakyat Somalia bersatu padu dan berdamai semasa mereka menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaannya.

PBB, katanya, akan membantu mereka mencapai matlamat itu.

Namun Presiden Sharif Sheikh Ahmed, hanya menguasai beberapa kejiranan di ibu kota Mogadishu. -- AP, AFP.




Pertempuran sindiket dadah-penyeludup

HERMOSILLO: Satu pertempuran bersenjata antara sindiket dadah dengan penyeludup pendatang di Mexico menyebabkan 21 orang terkorban kelmarin.

Pertempuran berlaku cuma 20 kilometer dari sempadan Arizona, Amerika Syarikat, kata pegawai pendakwa. -- AP.




No comments:

Posting Terkini