Pages

Tuesday, June 15, 2010

Wanita warga M'sia dijatuhi hukuman penjara 9 tahun 6 bulan di Makkah

MAKKAH: Sebuah mahkamah di sini kelmarin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan enam bulan terhadap seorang wanita Malaysia atas beberapa tuduhan jenayah, termasuk cubaan mencederakan suaminya yang merupakan seorang warga Arab Saudi.

Tuduhan itu juga termasuk menghasut kekasihnya membakar rumah dan empat kereta milik bapa mentuanya, kata peguam suaminya, Encik Badar Al-Rouqi.

'Dua kekasihnya, seorang warga Saudi dan seorang pendatang dari Asia Selatan, dihukum penjara 20 tahun.

'Seorang lagi lelaki dipenjara 10 tahun kerana berkhalwat dengan wanita itu.

'Semua tertuduh tidak mengaku salah dan merayu terhadap hukuman berkenaan,' kata Encik Badar.

Si suami yang hanya dikenali sebagai Encik Hani, membuat laporan polis mengenai keselamatan dirinya tujuh tahun lalu.

Polis yang melakukan siasatan berterusan akhirnya membongkar niat jahat wanita yang dikahwininya sejak 16 tahun lalu dan ibu lima anaknya.

Wanita itu dituduh mengupah kekasihnya menyerang Encik Hani dan bapanya serta membakar kereta dan rumah mereka.

Akibat tindakan isterinya, bapa Encik Hani cedera setelah disimbah asid dan dibakar sementara Encik Hani buta sebelah mata.

Polis membongkar niat jahat wanita warga Malaysia itu selepas dia ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki Mesir beberapa bulan lalu. -- Agensi.




No comments:

Posting Terkini