Thursday, June 17, 2010
'Video seks bukti ancaman Internet'
JAKARTA: Menteri Perhubungan dan Maklumat Indonesia semalam berkata skandal video seks selebriti (gambar - Lunamaya) baru-baru ini menunjukkan Internet adalah satu ancaman kepada negara dan berikrar mengeluarkan arahan bagi mengekang penggunaannya.
'Kami mahu mengurangkan kesan negatif daripada Internet kerana ia akan menghancurkan negara ini,' Encik Tifatul Sembiring kepada wartawan. -- AFP.
Cuaca buruk bebankan Myanmar
YANGON: Hujan lebat di Myanmar mencetuskan kejadian banjir dan tanah runtuh, hingga merosakkan jambatan, menyekat jalan raya dan mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang, kata para pegawai setempat semalam.
Myanmar sering menghadapi keadaan cuaca buruk dan sekurang-kurangnya 140,000 penduduknya terbunuh pada 2008 apabila taufan siklon melanda bahagian selatan negara itu. -- Reuters.
Isu nuklear: Iran sedia berdialog tapi bersyarat
TEHERAN: Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, semalam berkata Iran condong ke arah diadakan dialog berhubung program nuklearnya tetapi harus menyertakan beberapa syarat.
'Iran lebih gemar mengadakan dialog (mengenai program nuklearnya) tetapi kami mempunyai syarat untuk bercakap dengan mereka (pihak negara Barat),' kata Encik Ahmadinejad, kepada para hadirin di Shahr-e Kord, ibu kota wilayah Chahar Mahal dan Bakhtiari di barat daya Iran, sambil menambah bahawa syarat-syarat itu akan diumumkan tidak lama lagi. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment