Pages

Tuesday, June 8, 2010

Sekilas Dunia

Bekas staf Union Carbide bersalah

BHOPAL (India): Sebuah mahkamah India semalam mendapati tujuh bekas kakitangan kanan syarikat Union Carbide bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian ekoran kecuaian dalam tragedi kebocoran gas Bhopal sekitar 26 tahun lalu.

Dalam kejadian pada 3 Disember 1984, loji racun serangga Union Carbide mengalami kebocoran 40 tan gas beracun.

Sehingga 15,000 orang terkorban dalam kejadian itu. -- AP.

Lapan maut bila jambatan roboh

JAKARTA: Lapan kanak-kanak meninggal dunia apabila satu jambatan tergantung roboh di barat Indonesia kelmarin.

Kanak-kanak itu berusia antara enam dengan 13 tahun.

Berdozen orang dilaporkan berada di atas jambatan di wilayah Aceh itu untuk menyaksikan upacara keagamaan apabila ia roboh. -- AP.

Lapan ahli baru kabinet Thai

BANGKOK: Kabinet Thailand telah dirombak dengan lapan anggota baru dilantik.

Lapan anggota baru yang dilantik itu adalah daripada Parti Demokrat yang dipimpin Perdana Menteri, Encik Abhisit Vejjajiva.

Rombakan itu terpaksa dibuat ekoran perselisihan di antara parti pakatan Parti Bhumjaithai dengan Parti Puea Pandin semasa perdebatan undi tidak yakin ke atas kerajaan minggu lalu. -- Agensi.

Puting beliung ragut lima jiwa

MILLBURY (Amerika Syarikat): Puting beliung dan ribut petir yang melanda barat Amerika Syarikat kelmarin telah meragut sekurang-kurangnya lima jiwa dan memusnahkan 50 buah rumah.

Ketua polis Lake Township di tengah barat Ohio, Encik Mark Hummer, berkata mangsa yang terbunuh kebanyakannya berada di luar pejabat polis yang musnah teruk.

Pihak berkuasa masih mengesan mereka yang hilang dari rumah ke rumah. -- AP.


No comments:

Posting Terkini