Pages

Tuesday, May 18, 2010

Sekilas Dunia

Polis tahan dua suspek cuba serang pelukis kartun Nabi

STOCKHOLM: Polis telah menahan dua suspek selepas mereka cuba melemparkan bom buatan sendiri di rumah pelukis kartun yang melakarkan Nabi Muhammad saw dengan berbadan anjing.

Semasa kejadian itu lewat Jumaat lalu, pelukis berkenaan, Encik Lars Vilks, tiada di rumah.

Suspek, berusia 21 dan 19 tahun, merupakan warga Sweden berketurunan Kosovar. -- AFP.

Dua juta remaja China mati ekoran masalah kesihatan

BEIJING: Lebih dua juta remaja China mati setiap tahun ekoran masalah kesihatan yang berkaitan dengan pencemaran di dalam bangunan.

Separuh daripada golongan itu mati di bawah usia lima tahun.

Antara pencemar utama yang terkandung dalam bahan binaan dan perkakas rumah ialah formaldehyde, benzene, ammonia dan radon. -- AFP.

Gadis keturunan Arab menang peraduan ratu cantik Amerika

LAS VEGAS: Seorang gadis berketurunan Arab, Cik Rima Fakih, mengalahkan 50 peserta lain dan memenangi peraduan ratu cantik, Miss USA, kelmarin.

Cik Rima, 24 tahun, yang keluarganya berasal dari Lebanon, berhijrah ke Amerika semasa beliau masih bayi.

Pihak penganjur tidak dapat memastikan sama ada Cik Rima merupakan peserta berketurunan Arab pertama yang memenangi peraduan itu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini