Pages

Tuesday, April 6, 2010

Kerjasama Indon-S'pura jejak kes rasuah

JAKARTA: Polis Indonesia mahu bekerjasama dengan Singapura bagi mengesan suspek kes rasuah yang bersembunyi di negara jiran itu, kata ketua polis negara Indonesia, Pesuruhjaya Jeneral Ito Sumardi, semalam.

Singapura menjadi tumpuan minggu lalu apabila seorang pegawai cukai muda yang disyaki menjana jutaan dolar wang secara haram ditangkap di sana dan dibawa pulang ke Jakarta. Polis Indonesia dibenarkan masuk dengan mudah ke Singapura bagi mengesan dan menangkap Gayus Tambunan. -- AFP.




No comments:

Posting Terkini