JAKARTA: Seorang wanita Indonesia yang didakwa membantu menyembunyikan pengganas yang diburu pihak berkuasa, Noordin Mohammed Top, di rumahnya selama dua bulan, seharusnya menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah, kata pihak pendakwaan semalam.
Putri Munawaroh adalah satu-satunya yang terselamat dalam satu serbuan polis selama sembilan jam di rumahnya di Jawa Tengah, yang mana Noordin dan tiga lagi pelampau Islam termasuk suami wanita itu terbunuh. -- AFP.
Gesaan boikot import bijih syarikat luar
BEIJING: Satu kumpulan perusahaan China telah menggesa syarikat keluli di sana agar berhenti membeli bijih besi dari tiga pelombong terbesar dunia sebagai membantah terhadap monopoli harga, kata media milik pemerintah China, semalam.
Persatuan Besi dan Keluli China telah meminta syarikat keluli dan para peniaga dalam negara itu supaya jangan mengimport bijih besi dari syarikat Australia, Rio Tinto dan BHP Billiton, serta syarikat Brazil, Vale, selama dua bulan, kata satu laporan laman berita China. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment