Pages

Tuesday, April 6, 2010

KEMUSYKILAN AGAMA: Bersetubuh

SOALAN:

APAKAH berdosa apabila saya menolak kehendak suami yang mengajak bersamanya (bersetubuh) sedangkan selepas itu didapati haid saya masih belum betul-betul kering?

JAWAPAN:

Tidak halal bagi seseorang itu melakukan persetubuhan selepas kedatangan haid melainkan sesudah dirinya bersuci dan mandi hadas, barulah larangan tersebut terangkat kembali.

Ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud:

"Maka jangan kamu hampiri mereka sehingga mereka bersuci (mandi hadas) dan bila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka sebagaimana yang disuruh Allah. Allah suka orang yang bertaubat dan bersuci, wanita (isteri) kamu itu ladang kamu maka datangilah ladang (kebun) kamu itu sekehendak (hati) kamu. รข€“ Surah al-Baqarah: 222-223.

Tetapi sekiranya terlanjur juga semasa dalam pantang tersebut kerana sesuatu kesilapan seperti hitungan dan perkiraan yang salah, maka kata ulama, digalakkan melakukan sedekah satu dinar atau satu cupak (makanan) kepada fakir miskin untuk satu kesalahan yang telah berlaku sebagai kafarahnya.

Demikianlah pendapat kebanyakan ulama. Wallahuaklam.



No comments:

Posting Terkini